Layankan petikan teks ucapan pengantin baru..sumber from budiey.com

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

“Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena.”

Dalam pada itu, Waheeda juga melahirkan rasa syukur kerana telah sah bergelar isteri setelah hebat dilanda kontroversi selama ini.

“Saya tidak mahu bercakap tentang kontroversi. Bagi saya, lebih banyak benda lain yang patut difikirkan. Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak. Perkahwinan ini juga adalah untuk merapatkan hubungan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kami juga tidak akan pergi berbulan madu, tetapi akan menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara. Saya juga telah bersara dari dunia seni dan ingin memberikan tumpuan pada suami dan anak-anak,” kata Waheeda yang juga bersedia untuk menimang cahayamata sendiri jika dikurniakan rezeki.

Ditanya mengapa pihaknya hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, ujar Waheeda, dia berpendapat perkara itu lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya.

“Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya dan Akhil memang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dalam kehidupan,” katanya yang juga menafikan majlis itu dibuat secara ‘rahsia’. Majlis ini dibuat di sini kerana kawan Akhil ingin menikahkan kami sendiri. Kami juga tidak merahsiakan perkahwinan ini dari media kerana kami turut menjemput rakan-rakan media yang rapat dengan kami. Lagipun, keluarga dan saudara-mara di sebelah saya dan Akhil ramai yang hadir hari ini. Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu,” katanya.

Tahniah dan semoga berbahagia selamanya...(p/s :jagalah masjid baru ni sebaiknya jgn kecundang lg cian anak2..amin)

The best decision make by "ustaz"

Hari ni lebih kurang kol 1230 tghari tadi, Akhil Haiy sah bercerai talak satu dengan Maizawati Zainal depan hakim di mahkamah syariah tadi. Akhirnya cerita tiga segi ni dah sampai ke titik noktah no more comma ye.

Hurmm, maybe ini the best way from akhil seperti yang dijanjikan b4 ni mm makruf ..istiqamah aku dah lupa laa..ayat org berilmu katakan..untuk isterinya and Waheeda yang jadi orang ketiga tu lah. Hopefully Maizawati lebihh tabah, dan mungkin rezeki dia and anak2 akan lg bertambah. Pasni Akhil Hayy leh kawen ngn wassini ngn aman.

gadis pujaanku..

lelaki idamanku...

anak-anak duk diam2 k...

p/s : idup ini penuh dugaan mendatang..hanya y benar2 mampu bertahan akan trus mara ke depan..nasib kita siapa y tahu..berdoalah kepadaNYA.