
Lewat tengahari itu(Khamis)..aku dikabarkan oleh keluargaku bahawa tok (perempuan) aku dalam keadaan tenat..Hatiku meruntun tak ketentuan..sampai di rumah dalam kekalutan bersiap tuk balik ke kg..puup aku dapat call tok aku dah kembali ke rahmatullah lebih kurang kul 4 ptg. 
Mudah-mudahan, tangisan hambaNya  ini bukanlah mengundang murkaNya..apatah lagi dosa..Nauzubillah...
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
 Hargailah kesedihan, kesedihan adalah satu nikmat, kerana dengan kesedihanlah kita menghargai apabila tibanya kebahagiaan...
Ibnu Qayyim mengatakan;
Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
- Menangis kerana      rasa takut.
 - Menangis kerana      cinta.
 - Menangis kerana      gembira.
 - Menangis kerana      menghadapi penderitaan.
 - Menangis kerana      terlalu sedih.
 - Menangis kerana      terasa hina dan lemah.
 - Menangis untuk      mendapat belas kasihan orang.
 - Menangis kerana      mengikut-ikut orang menangis.
 - Menangis orang      munafik - pura-pura menangis.
 
 “Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, yaitu kematian!” (HR. Tirmidzi)
Berbahagialah hamba-hamba Allah yang sentiasa bercermin dari kematian. Tak ubah seperti guru yang baik, kematian memberikan banyak pelajaran, membingkai makna hidup, bahkan mengawasi alur kehidupan agar tak lari menyimpang.
Semoga tok berbahagia di sana bersama orang-orang yang beriman.Amin.





2 comments:
Takziah...
thanks isma..
Post a Comment