A(H1N1): Sekolah rendah, politeknik di Pulau Pinang ditutup

PULAU PINANG: Sebuah sekolah rendah dan sebuah politeknik di negeri ini diarah tutup selama seminggu mulai hari ini berikutan terdapat pelajar dijangkiti virus Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, sekolah berkenaan ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Aik Keow, di Teluk Air Tawar dan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh.

"Kementerian Kesihatan telah mengarahkan penutupan serta merta selepas 16 murid sekolah dan 36 pelajar politeknik itu dijangkiti wabak berkenaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kesemua mereka yang dijangkiti virus itu kini dikuarantin dan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

sumber: mstar online

Adakah negara kita semakin huru hara angkara selsema bab! ini. Adoi pening seketika. Penularan wabak yang semakin meluas menyebabkan warga kita semakin cemas, panik n kaget. Kat area dungun ada khabar angin sek men sains pon diarahkan tutup n tadika-tadika berdekatan. And one more sek kat area kuala abang. Warga Dungun pon sudah kelihatan dengan mask masing2 bagi mencegah wabak pandemik ini. Perlukan kerajaan negeri mengisytiharkan darurat bagi daerah dungun versi poyoz aku, mcm laa best sgt situasi gitu.

How to slow down the spread of H1N1

1. Perlulah menutup mulut apabila batuk.

2. Jika mengalami demam dan selesema digalakkan memakai topeng (jgn beli kat farmasi harganya dah berganda, dptkan percuma dari pusat kesihatan or handmade laa or purdah pon orait).

3. Selalu membasuh tangan (cap dettol pon ok).

4. Sentiasa duduk di rumah.(ape ke halnya yoep cuti dok kat umah huhu amat lah haru)

K lu pk la sendiri...

0 comments: