Ragam nayli di bulan Ramadhan, penat ibu layankan..first day aku pose umah mak coz kumpul sume adik2 aku ada..so 2nd day pose umah sendiri..kena masak lah jawabnyer..simple2 jer lauk pauh senang2 dik oii...si nayli ni siap je aku masak dalam kul 6(ingt kat sabah ke buka awal2) lebih sibuk "nak sikk"..

..bubuh laa nasi ngn ikan goreng favorite dia tu..mkn mesti dlm tuperware pink tu n ada sudu..cam omputih jee ibu ngn ayah pon mkn ngn tgn lg deelicious gitu..gambar2 muka nayli y excited gitu..thn lepas nayli dok ats carpet jer thn ni dok ats kerusi dah..cepat je besor anak aku nie..

wowww!!!

haha!!!

nyum2

sekian tuk kali ini dari aku y x berapa rajin update huhu...
take care...


to all umat islam selamat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini 1430 H dengan penuh ketakwaan kepadaNYA.



Layankan petikan teks ucapan pengantin baru..sumber from budiey.com

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

“Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena.”

Dalam pada itu, Waheeda juga melahirkan rasa syukur kerana telah sah bergelar isteri setelah hebat dilanda kontroversi selama ini.

“Saya tidak mahu bercakap tentang kontroversi. Bagi saya, lebih banyak benda lain yang patut difikirkan. Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak. Perkahwinan ini juga adalah untuk merapatkan hubungan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kami juga tidak akan pergi berbulan madu, tetapi akan menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara. Saya juga telah bersara dari dunia seni dan ingin memberikan tumpuan pada suami dan anak-anak,” kata Waheeda yang juga bersedia untuk menimang cahayamata sendiri jika dikurniakan rezeki.

Ditanya mengapa pihaknya hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, ujar Waheeda, dia berpendapat perkara itu lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya.

“Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya dan Akhil memang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dalam kehidupan,” katanya yang juga menafikan majlis itu dibuat secara ‘rahsia’. Majlis ini dibuat di sini kerana kawan Akhil ingin menikahkan kami sendiri. Kami juga tidak merahsiakan perkahwinan ini dari media kerana kami turut menjemput rakan-rakan media yang rapat dengan kami. Lagipun, keluarga dan saudara-mara di sebelah saya dan Akhil ramai yang hadir hari ini. Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu,” katanya.

Tahniah dan semoga berbahagia selamanya...(p/s :jagalah masjid baru ni sebaiknya jgn kecundang lg cian anak2..amin)

Apa pendapat anda tentang tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam membendung penularan wabak H1N1 ini? Moh kongsikan bersama...

5 juta rakyat Malaysia berisiko dijangkiti H1N1: WHO

BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

Beliau berkata, wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.

"Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.

Liow berkata, kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.

"Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. - Bernama

Bahan-bahan :
Swiss roll (pandan/coklat/oren/plain ape2 la yg suka. Sponge cake or butter cake pon xpe)
Jem strawberry (beli home made jem or pie filling selalunya lebih sedap)
Fruit cocktail, Peach slices, anggur, strawberry
Whipped cream

Bahan kastad :
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 tin gula halus
2 sudu makan serbuk kastad + 1/2 cawan air (bancuh)

Cara-cara membuatnyerrr :

1. Mula-mula sediakan kastadnya. Masak susu cair, air dan gula sehingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan kastad, teruskan mengacau seketika sehingga pekat serta tidak berketul dan tutup api. Kastad itu sepatutnya tidak terlalu cair dan tidak keras macam buat puding kastad berjagung tu. Teksturnya kena creamy tapi cukup kukuh untuk support buah-buahan nanti. Kalau cair sangat buah tenggelam plak.. So basically klu nampak mcm tak jadi tu ubah la sket sukatan susu cair atau kastad tu nnt. Pastu sejukkan kastad tersebut.

2. Potong kek dalam 1/2 inci dan susun dalam casserole. Tuangkan sedikit air gula dari fruit cocktail sehingga keseluruhan kek lembap.. bukan sampai banjir okk.. huhuh.. Pastu leh sapukan jem strawberi tadi di atas permukaan kek tersebut.



3. Setelah kastad sejuk, tuang kastad di atas susunan kek tadi dan susun buah-buahan cocktail yang telah ditoskan ke atas kastad itu.


4. Akhir skali, bleh la layerkan topping terakhir dengan whipped cream. Whipped cream ni ada 2 jenis kalau carik kat kedai, bergantung la mana satu rasa nak guna. Satu dalam pressurized tin, satu lagi dalam kotak 200ml cam kotak santan tu. Kalau dalam tin tu bleh guna terus. Cam makan strawberry with cream gitu. Kalau beli yg dalam kotak (ini lebih murah), cuma perlu dipukul hingga kembang je then sapukan sebagai last layer. saya guna dalam tin jer lg mudah.

5. Ratakan cantik-cantik dan susun buah-buahan peach dan strawbery (apa-apa yang digemari) di atasnya. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan. Selalunya trifle biasa lapisan terakhir adalah lapisan nipis jelly/agar2 berfungsi utk 'hold'kan buah-buahan di lapisan atas. Tapi creamy trifle sebegini lebih yummy kerana lebih berkrim la kot.. hahahahah. Jika anda menggunakan casserole yg agak tinggi, boleh buat selang seli 2 atau 3 layer kastad dan whipped cream sebelum finishing.

5. Kalau nak makan rasa-rasa feel makan aiskrim, masukkan dulu dalam freezer lebih kurang 2 jam.. Pastu makannnnnnnnnnn.. YUM YUM... akakakaka



Selamat mencuba yerrrr!! (expecially kmaity)

Bulan Syabaan umpama pintu gerbang bagi menyambut bulan Ramadhan.
Marilah kita memeriahkannya.
Soalan: 
Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca yaasin 3 kali pada malam 
nisfu Syaaban. 
Adakah ada dalil yang jelas mengenai perkara ini.   
Jawapan:  
Oleh: TuanHassan Tn-Lah   Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan 
yang direka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud (tertolak). Inilah pendapat 
majoriti mujtahid hari ini antaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh Sayyid 
Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi (anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan 
(alMufassal) dan Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah). Amalan membaca Yaasin 
3X pada malam nisyfu Sya'aban adalah bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya.  
Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dan ia bukan peristiwa yang disyari'atkan.
Penjelasan: 
Baca yaasin tidak bid'ah. Ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa 
dan malam2 tertentu  sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw. 
PUASA DI BULAN SYAABAN  
Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya`ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada 
Aisyah Radhiallahu `anha berkata:  Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihi 
wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka 
sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah 
Shallallahu `alaihi wasallam menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan 
dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan 
Sya`ban." 
(Hadith riwayat Bukhari) 


huhu try a new desert 4 my family n anak2 PA my hubby coz they all have a gotong royong day at robotic lab yesterday..nama desert ni mcm kat atas tu xde lah payah sgt, aku buat dpt 2 tray setengah jer..campak2 jer sumber resipi nie dari one of my fren kt mrsm tepen dulu..kalu ade request from kwn2 nnt aku tulih resipi nyer..

k take care



stat ptg semlm aku telah mencuba produk yg baru dibeli nie..huhu mahal woo RM70 satu bar saje xtau la ok ke tak..tp dah xtahan sgt ngn muka nie slps stop mkn pil tooot lain mcm je rasa cm gatal2 sokmo ..

n tgn aku pon gatal nak menggaru..baru 2 kali je pakai mtk2 laa kerajinan ku ni konsisten..opismate aku promote produk ni kalu beli kat luar RM 95 satu bar..so satu kotak korang kali la 4...terketar2 lar nak bayoor jawabnya..

orait kengkawan lets share aku nyer survey 'bout this product briefly...

Ia adalah produk terbaru dari Austria, bar pencuci muka yang mengandungi bahan aktif semulajadi untuk merawat dan menjaga kesihatan kulit. ‘Moor’ adalah perubatan tradisional digunakan dikebanyakkan tempat di Eropah Tengah sejak berkurun lama. Semenjak 60 tahun kebelakangan ini, telah kerap dibuat penyelidikan klinikal ke atas terapi ‘Moor’ dan telah dibuktikan bahawa ‘Moor’ sememangnya mengandungi kaedah yang baik. Disebabkan itulah maka ratusan pakar perubatan di Eropah mengguna dan memperakukan perubatan secara ‘Moor’ ini

Herba dan Nutrien: Ratusan herba, bahan organik, hormon tumbuhan, antibiotik semula jadi dan lain-lain bahan semula jadi bercantum untuk mengeluarkan satu bahan ajaib yang pekat dan kaya dengan bahan-bahan organik semula jadi iaitu Moor Bahan-bahan organik semulajadi inilah menjadikan ’Deep Moor’ suatu keajaiban therupatik dan wajah menjadi lebih muda serta dapat merawat penyakit. Sesungguhnya banyak klinikal penyelidikan telah menunjukkan yang ‘Deep Moor’ bertindak menyerap ke kulit dan berdayacipta menjadi sebagai terapi holistik ke seluruh sistem tubuh.

Heilmoor Clay:
Terdiri daripada beratus herba,bahan organik, antibiotik yang semulajadi, hormon tumbuhan dan banyak lagi.


Kebaikan Menggunakan Eumora

1) Memberi tenaga dan membina sel-sel baru berulangkali
2) Menghantar nilai tertinggi nutrin dan meresap ke dalam dermis kulit
3) Hydrasi optima
4) Memadatkan
5) Membina sel-sel baru

6) Nilai nutrisi yang hampir optimum di dunia

7) Meresap dengan pantas dengan kandungan tinggi

8) Menjana kembali kolegen

9) Detox

10) Bersinar, berseri & bercahaya

TEMPAT YANG BOLEH DIGUNAKAN :
Seluruh tubuh, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Cara penggunaan:
Penggunaan Di Muka (Untuk Sapuan Serata) :
  1. Pastikan muka dibersihkan daripada sisa makeup terlebih dahulu.
  2. Basahkan hujung jari anda (buangkan air yang berlebihan)
  3. Gosokkan sabun di tapak tangan bagi menghasilkan buih
  4. Ratakan buih. (Gosok dengan lembut dalam 10 saat bagi memastikan buih meresap ke dalam kulit)
  5. Biarkan selama 3 minit (tidak boleh lebih dari tempoh tersebut) dan bilas.
  6. Biarkan ianya kering sendiri (tidak perlu lap muka)
  7. Gunakan ia 2 x sehari
SELAMAT MENCUBA!!!

the combo pic

esk aku stat keje semula, mcm xde kaitan lak ngn tajuk lantak..DIY tu laki aku nyer motto idup jap lg aku stori..mm seronok kan cuti lama2 best sgt camer nie penyakit malas dah menular dlm diri, malasnyerr nk g opis malasnyerr nak keje malasnyer nak stat ngajar semula..huhu mesti dak berabuk mejaku kat opis tu..cuti seminggu nie xde lah blk kg just settle bende2 tertunggak kat umah nie..mcm2 dpt buat..laki aku byk sgt projek kat umah ni..memula wat wiring ckit pasang aircond..n kipas dinding kat dapur lampu belakang n tambah plug, mm next month kabinet siap yahuuu!!! suke sgt (xtau laa hasilnya cantik ke x mtk2 comel laa)..then wat keje piping lak..letak washing machine kat luar umah setelah pasang tile sendiri siap..kalu bleh sume dia nak wat sendiri laa ni berangan nak wat tile dpn umh lak..grill umah ni pon dia buat sendiri..huhu haru tol tp ada lah baik buruk nyer..baiknya jimat la ongkos n puas ati dia..buruknya kdg2 bkn perfect mcm pakar laa ada senget benget gak ckit not "zero defeat" ler..n one more amik byk masa kalu cuti mcm ni okla..aku pon bukan kisah sgt dah cita2 dia nak jd McGyver kot..soh aku jd assistant x bertauliah la tukang hulur barang n tukang komen..skang ni nayli pon join skali jd second assistant kpd ayah dia..dia amat lah teruja ngn skru tangga n segala mcm tu..anak aku ni bukan lady sgt ala2 boyish gitu x heran la kalu bear2 ni..kalu screwdriver, ball, kereta, wayar2 n gadget n keje2 "pomen" nie amat lah kagum n teruja..nak warisi ayah kot hahaha..tu jela tuk arini..

k take care.