Bahan-bahan :
Swiss roll (pandan/coklat/oren/plain ape2 la yg suka. Sponge cake or butter cake pon xpe)
Jem strawberry (beli home made jem or pie filling selalunya lebih sedap)
Fruit cocktail, Peach slices, anggur, strawberry
Whipped cream

Bahan kastad :
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 tin gula halus
2 sudu makan serbuk kastad + 1/2 cawan air (bancuh)

Cara-cara membuatnyerrr :

1. Mula-mula sediakan kastadnya. Masak susu cair, air dan gula sehingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan kastad, teruskan mengacau seketika sehingga pekat serta tidak berketul dan tutup api. Kastad itu sepatutnya tidak terlalu cair dan tidak keras macam buat puding kastad berjagung tu. Teksturnya kena creamy tapi cukup kukuh untuk support buah-buahan nanti. Kalau cair sangat buah tenggelam plak.. So basically klu nampak mcm tak jadi tu ubah la sket sukatan susu cair atau kastad tu nnt. Pastu sejukkan kastad tersebut.

2. Potong kek dalam 1/2 inci dan susun dalam casserole. Tuangkan sedikit air gula dari fruit cocktail sehingga keseluruhan kek lembap.. bukan sampai banjir okk.. huhuh.. Pastu leh sapukan jem strawberi tadi di atas permukaan kek tersebut.



3. Setelah kastad sejuk, tuang kastad di atas susunan kek tadi dan susun buah-buahan cocktail yang telah ditoskan ke atas kastad itu.


4. Akhir skali, bleh la layerkan topping terakhir dengan whipped cream. Whipped cream ni ada 2 jenis kalau carik kat kedai, bergantung la mana satu rasa nak guna. Satu dalam pressurized tin, satu lagi dalam kotak 200ml cam kotak santan tu. Kalau dalam tin tu bleh guna terus. Cam makan strawberry with cream gitu. Kalau beli yg dalam kotak (ini lebih murah), cuma perlu dipukul hingga kembang je then sapukan sebagai last layer. saya guna dalam tin jer lg mudah.

5. Ratakan cantik-cantik dan susun buah-buahan peach dan strawbery (apa-apa yang digemari) di atasnya. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan. Selalunya trifle biasa lapisan terakhir adalah lapisan nipis jelly/agar2 berfungsi utk 'hold'kan buah-buahan di lapisan atas. Tapi creamy trifle sebegini lebih yummy kerana lebih berkrim la kot.. hahahahah. Jika anda menggunakan casserole yg agak tinggi, boleh buat selang seli 2 atau 3 layer kastad dan whipped cream sebelum finishing.

5. Kalau nak makan rasa-rasa feel makan aiskrim, masukkan dulu dalam freezer lebih kurang 2 jam.. Pastu makannnnnnnnnnn.. YUM YUM... akakakaka



Selamat mencuba yerrrr!! (expecially kmaity)

4 comments:

tura ok dh salin..thanks...harap3 nnt menjadi cuma x tau bila nk buat. mmg yummy la klu bnyk buahan3 n cream yg superb sedap tu..yummy...

wakaka...bagus2 leh try ek nnt upload gambaq noo..ajarla kite wat muffin..tp kari kmaity mmg superb abis masih terngiang2 woo..

ekekekek..nnt klu buat mmg kita akan updet...nnt k maity cari resepi muffin tu yek..kari? hehehe...awak pon terer buat gak...
**lama x mkn ketupat sotong n sotong goreng tepung**

salam.
untuk masrul + mastura...
cikgu ingat2 lupa wajah masrul. nama tu biasa dengar..
semoga bahagia selalu